Datin Patimah Muat Naik Foto Terbaru Bersama Besan Undang Perhatian Ramai
Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah memuat naik satu foto menunjukkan dirinya bersama suami, Datuk Yusof Haslam dengan besan mereka iaitu ibu bapa kepada bekas menantunya, Puteri Sarah.
Menerusi Instagram, perkara itu telah mengundang perhatian ramai yang kagum melihat keakraban mereka walaupun seperti yang semua tahu Syamsul dan Sarah sudah pun berpisah.
Kalau korang tengok gambar itu, mereka semua sedang berbuka puasa di sebuah restoran.
Kalau korang tengok ruangan komen, bukan saja netizen yang gembira dan seronok apabila melihat keakraban keluarga itu tapi Puteri Sarah juga meluahkan rasa sayang kepada mereka.
Apapun, semoga hubungan mereka ini kekal sebegini sampai bila-bila. Seronok juga tengok anak kepada Sarah dan Syamsul iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
Kredit: Instagram Datin Patimah

Comments
Post a Comment